Dah lama rasanya tak menaip dekat blog ni semenjak Tingkatan 5 dulu. Dan bila nak mula menaip balik, mulalah terasa awkward, dok fikir naik type apa untuk first post ni, macam mana nak type etc. *tarik nafas* Mula mula masa tengok balik blog ni setelah berkurun lamanya, rasa macam betapa kanak-kanaknya aku dulu hanya menginginkan sebuah blog yang comel dan lawa tapi post entah hape hape *gelak*. So, aku pun ambil lah masa nak cari template yang lebih simple dan banyak jugalah template aku cuba tapi semuanya serba tak kena. Malas nak cari lagi, aku pun guna je lah tempat yang blogger ni ada. Daaaaaan, tadaaaaah. Template yang sangat simple mimple.
Okay jadi, for the first post after so long (ceh poyo), aku nak cerita pasal betapa peritnya kau akan rasa bila kau sudah pun menjadi seorang perempuan yang berumur 18 tahun dan sudah pun melanjutkan pelajaran di sebuah universiti. Aku nak cerita pasal tajuk ni pun sebab aku dah pun tamat semester 1 di sebuah universiti dan akan meneruskan semester 2 yang akan bermula pada 2/11 ni nanti.
Aku ingat lagi masa first time dulu aku jejakkan kaki dekat universiti yang aku belajar tu. Selama ni, aku cuma mampu tengok dari tepi highway je universiti tu dan tak pernah expect yang aku ditakdirkan untuk sambung belajar dekat situ. Okay back to the story, masa mula-mula aku jejakkan kaki dekat universiti tu, aku memang rasa gundah gulana. Mungkin disebabkan itu adalah pertama kali aku membiasakan diri untuk melengkapkan segala pendaftaran diri aku dengan sendiri. Tanpa kakak dan emak berada disebelah aku. Rasa takut, awkward, terasa kecil, semua aku terasa. Lagipun environment di tempat belajar aku bukanlah seperti environment yang aku dah lama adapt. So basically, nak dipendekkan cerita, for the whole first week, I ended up crying myself to sleep every night. Memikirkan dengan tempat yang aku tinggal dan sebagainya.
Bila dah makin lama duduk dekat sana, aku berjaya adapt dengan new environment. It wasn't so hard. Ramai yang kata yang pelajar dekat sana kena culture shock and you know what made them like that? It is because of the people that they're involved with. Pandai pilih kawan, then you're fine. Tak semestinya dengan environment baru, kau try ubah diri kau and try to fit in the environment. You're totally wrong. Jadi diri kau sendiri, dan cari kawan yang selalu ingatkan kau jangan pernah sekali-kali melupakan dari mana kau datang. Dan inshaAllah, kau takkan pernah ingin untuk mencuba sesuatu yang baru dengan adanya kawan kawan yang selalu mengingatkan kau mana yang baik dan mana yang buruk.
Next, the most popular hardship when you're in the university and lives far away from your parents - duit belanja kau. Tipulah bila kau tak terasa kesempitan wang bila kau masuk universiti. It may sound crazy, but believe me, aku spent almost RM20 per day. Bayangkan kalau sehari je kau dah spent RM20, untuk seminggu pula dah berapa? 2 hari je mungkin dah mencecah RM50, ataupun lebih. Harga makanan sekarang bukanlah macam dulu. Nasi goreng special dengan air fresh orange je dah RM10 lebih. Habis kalau kau ni jenis yang biasa makan sehari 2 kali? Kos hidup dekat tempat aku belajar memang tinggi. Mula-mula, aku macam biasalah; beli apa yang aku nak dengan duit belanja yang akak aku bagi. Tapi bila dah lama, dan bila aku rasa duit aku tak mencukup until the end of the month, aku mula tersedar yang aku tak sepatutnya belanja apa je yang aku nak. I need to put a limit on using my own money.
Sebab saving is not only to avoid you from having an empty pocket but also it will help you in the future. Jadi, bila start kehidupan kau semasa berada di universiti, do not forget to save some money at the end of the day. Jangan berboros sangat. Try untuk hidup bersusah sikit semasa kau sendiri ni.
Okay, so next... assignments dan projects. Part yang ni, I couldn't say much about it. Cari kawan kawan yang sudi, ikhlas, rajin bekerjasama dengan kau. And for self-reminder, never take advantage if you're having such a great cooperation between your team members. If you take an advantage on it, then you're so done. Bersusah-payah sama-sama, buat kerja sama-sama, stay up late sama-sama, mengeluh sama-sama, finish up the assignments and the projects sama-sama, dan berjaya sama-sama. It won't be hard. I believe that it won't be that hard, inshaAllah.
Aku rasa, sampai sini je lah aku menaip sebab dah terasa kepenatannya menaip setelah sekian lama tak menaip. Ceh. Akhirnya, for the first time aku rasa puas hati gila dengan post aku walaupun aku sorang je yang baca haha. Akhir kata, untuk diri aku sendiri, moga berjaya :)

Comments
Post a Comment