Dah lama rasanya tak menaip dekat blog ni semenjak Tingkatan 5 dulu. Dan bila nak mula menaip balik, mulalah terasa awkward, dok fikir naik type apa untuk first post ni, macam mana nak type etc. *tarik nafas* Mula mula masa tengok balik blog ni setelah berkurun lamanya, rasa macam betapa kanak-kanaknya aku dulu hanya menginginkan sebuah blog yang comel dan lawa tapi post entah hape hape *gelak*. So, aku pun ambil lah masa nak cari template yang lebih simple dan banyak jugalah template aku cuba tapi semuanya serba tak kena. Malas nak cari lagi, aku pun guna je lah tempat yang blogger ni ada. Daaaaaan, tadaaaaah. Template yang sangat simple mimple. Okay jadi, for the first post after so long (ceh poyo), aku nak cerita pasal betapa peritnya kau akan rasa bila kau sudah pun menjadi seorang perempuan yang berumur 18 tahun dan sudah pun melanjutkan pelajaran di sebuah universiti. Aku nak cerita pasal tajuk ni pun sebab aku dah pun tamat semester 1 di sebuah universiti dan akan...