Okay so, sebelum aku start menaip panjang lebar pasal post kali ni, aku tahu tajuk post ni memang cheesy nak mampus sampai aku pun fikir dua tiga kali samada nak jadikan tajuk ni as the title post ataupun tak. Dan memandangkan aku takda idea untuk tajuk yang lain, terhasil lah post ini dengan tajuk yang cenggitu. Alright so, let's proceed, shall we?
Bila fikir balik, ada kaitannya juga aku buat title post gini sebab apa yang aku nak cerita ni memang melibatkan soal hati dan perasaan. Tapi sebelum kau ikut kata hati dan perasaan kau dengan membabi buta, kau kena fikir juga pasal soal hati dan perasaan orang sekeliling kau; especially your family. Aku perasan ramai anak muda remaja zaman sekarang sangat menitik beratkan soal hati dan perasaan pasangan masing-masing sampai diri sendiri punya perasaan dan hati pun diabaikan. And that is when things don't go in what you expected or what you planned time kau tengah hangat bercinta, kau akan rasa diri kau sendiri yang failed in everything and when that time comes, you'll regret everything the decision that you have made.
Tapi dalam post ni, aku tak nak sentuh further about the relationships thingy because it's pointless to me. Apa yang aku nak sentuh dalam post kali ni adalah sebab apa demi pasangan kau yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan kau in the future, kau sanggup membelakangkan family kau, darah daging kau yang ada time kau lahir sampai kau dah besar, dah matang?
I have this cousin of mine, which I am not going to say her name, and which you already know the gender, which is already obvious yes, she hasn't been home for 4 months; including this month. Sebab apa? Sebab she is so in love with this guy and apparently wants to marry this guy and her parents (her dad especially) doesn't let her. I am not very clear with the reason why her dad doesn't let her marry the guy tapi in my opinion, which I know that everyone of you also agree with me, yang parents' blessing on a marriage is a must untuk menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat kau.
I find that her decision to run away from home sebab her dad doesn't let her to marry is childish and as a daughter, kau dah clearly and obviously tahu yang parents kau know better than you do. Mak dan ayah kau tahu apa yang baik untuk kau especially when it comes to marriage. Pada aku, seorang anak perempuan itu, adalah anak yang paling disayangi oleh ayah, yang dihargai oleh ayah, yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh seorang ayah. It doesn't matter if the daughter is the eldest, the second or the youngest. Setiap anak perempuan tu memang akan ada their special spot dalam hati setiap seorang ayah. We all know that mothers care about us better than fathers. Tapi pernah kau terfikir time kau duduk sorang-sorang dalam bilik ataupun lepas kau solat ataupun lepas kau mendoakan kesejahteraan mak ayah kau, yang jika mak ayah kau tak sayang kau, you will not be standing straight with a wide smile across your face right at this moment? And that you will not have the happiness that surrounds you at this moment?
When it comes to marriage, for the daughters, ingatlah bahawa ayahmu adalah orang yang paling susah sekali hendak melepaskan tangan anak perempuannya kepada lelaki lain yang telah dipilih oleh anak perempuannya sendiri. Sebelum saat tanganmu dilepaskan kepada lelaki pilihanmu, ketahuilah bahawa ayahmu itulah sering memikirkan samada lelaki yang dipilih olehmu itu boleh ataupun tidak boleh membawa kebahagian kepadamu, boleh ataupun tidak boleh lelaki pilihanmu itu membimbing kamu dengan jayanya di dunia dan di akhirat. Dan saat tanganmu dilepaskan oleh ayahmu, ketahuilah bahawa emak dan ayahmu itu bukan lagi your first priority.
Sebab itu aku selalu ingatkan diri aku sendiri, family comes first. Tak kira apa jua yang berlaku, di saat aku sedih ataupun di saat aku bahagia dan di saat aku tidak mempunyai apa apa ataupun di saat aku punyai segalanya, family comes first. Soal hati dan perasaan mak ayah aku yang aku perlu ambil tahu. Soal hati dan perasaan diorang yang aku kena jaga. Soal hati dan perasaan diorang yang I have to put on the first place, not others.
Aku terasa nak type panjang lagi, but it seems like I have lost the words of what I should type, jadi takat sini je post kali ni. Tak ramai yang baca I know, tapi if you're reading this post right now, ingat yang your family, your parents is your first priority (especially to the daughters, sebelum kahwin, ingat okay). And a blessed marriage from your parents is such a wonderful thing so don't ever let them feel disappointed in you.

Comments
Post a Comment